Jumaat, 23 Januari 2015

بعد إمتحان

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi iaitu Tuhan yang menciptakan diri ini & setiap makhluk diatas muka bumi ini. Dengan kekuatan & nikmat yang diberikan aku dapat menjalani Imtihan Fasa 1 dengan tenang & lapang. Berkat doa-doa ibuayah, sahabat-sahabat, guru-guru & semua makhluk Allah yang mendoakanku, syukran kathiran ku lafazkan. Setinggi-tinggi ucapan terimakasih ku ucapkan kepada kedua ibupabaku & orang- orang yang kusayangi kerana sentiasa disisiku untuk memberikan kalam-kalam taujihad. Dengan kekuatan diri kepada Allah & Rasul, aku tabah hidup di bumi yg penuh mehnah & cabaran ini. Allah la yang sentiasa ada bersamaku di mana-mana sahaja aku berada. Kerana kekuatanku & kebolehanku hanya Dia yang Maha Mengetahui. segala pergantungan ku hanya kepada Mu. Hati ini sayu bila bersama Mu. Syukran Yaa Rabb. Alhamdulillah. Akhir kalam, mohon sahabat yang membaca blog ini kuatkn hati bersama Allah. In shaa Allah segala-galanya akan menjadi mudah jika kita menjaga hak-Nya.